Terima Kasih

     Apa sebenarnya yang seorang remaja tidak sesekali inginkan? Mereka kata remaja ini masa bergembira. Remaja ini masa bercinta. Remaja ini zaman 'keemasan' perjalanan hidup manusia. Mudahnya manusia membuat kesimpulan. Kadang kata daripada manusia memang gila untuk diterima mental akal. Apa saat perpisahan itu menggembirakan? Terasa macam diperbodoh. Kata manusia tak segala betul.

     Bukanlah perpisahan itu menyakitkan. Bukan juga 'selamat tinggal' itu membuka jilid keperitan. Yang menyakitkan? Kenangan yang menyusul ketika kemudian. Manusia ibarat mesin masa. Manusia mampu kembali ke masa silam, masa yang pernah dilalui ketika kehidupan. Kekurangan pada manusia, kita tidak mampu mengubah apa-apa ketika 'kembali ke masa silam.' Kita mampu kembali merasa kemanisan itu. Dalam ketika manusia 'kembali ke masa silam,' manusia pasti aku kembali tercoret kenangan pahit yang terlalu ingin di ubah mungkin masa ketika ini hidup kita lebih baik, lebih bahagia mungkin. Penyesalan itu adalah kelemahan kita. Dalam kelemahan kita, kekuatan 'reda' kita akan semakin kuat. Semakinlah percaya kita kepada takdir. Allah pasti telah menyusun titi kehidupan yang lebih baik kepada kita.

     Dalam aku 'kembali ke masa silam,' aku tersentak. Banyaknya memori indah. Kalaulah, kalaulah zaman remaja ini adalah zaman selamanya, pasti aku akan gembira selamanya. Masih beralun melodi indah kenangan bersama orang tersayang, rakan yang membina. Masih beralun melodi kenangan hari pertama aku memijak tanah kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato' Harun. Kurang kawan. Hanya membawa seorang dua kawan daripada sekolah rendah. Satu demi satu manusia lain memasuki ruang remaja aku. Ada yang masuk tetapi kembali pergi meninggalkanku. Ada seorang yang memasuki membawa sejuta kenangan cinta remaja yang membuat aku masih ingin mengulangi kisah itu walau pada masa ini. Ada juga yang datang dan memberikan erti persahabatan yang sebenar. Aku tak faham. Kenapa sekolah aku dibual antara sekolah paling rendah martabatnya. Jujur dari hujung lidahku, sekolah itu adalah tempat paling bermakna dalam 17 tahun kehidupan aku. Biarkan mulut manusia mencerca. Sekolah itu tetap 'terbuka' didalam hati aku selamanya. Ingat nama keramat ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato Harun. Takkan lagi terlupa.

     Bila lagi kita akan sembang tentang kerja sekolah? Bila lagi kita akan melepak bersama di gerai ais batu campur? Bila lagi kita akan melihat kawan kita yang ramai setiap hari, beruniform putih dan ada yang berbaju hijau atau ungu? Itu adalah emas dan permata yang wajib kita simpan dalam peti hati. Selepas ini mungkin kawan hanya seorang dua. Lebih serius dan ketawanya kurang. Tiada lagi uniform yang disarung pakai oleh sahabat kita. Aku rindu. Walaupun segar seminggu dua meninggalkan sekolah, jujur aku sudah mula rindu. Bila sudah sebati dalam darah, sudah menjadi darah daging dan akhirnya kita perlu juga tinggalkan. Atas kenangan yang hebat bersama kawan-kawan di sekolah, sangatlah aku memanjat ucapan terima kasih. Tiada jenis harta didunia dapat menggantikan tempat kawan-kawan sekolah dalam hati aku. Aku janji, suatu hari nanti kami tetap akan bertemu, bersua dan kembalikan memori indah ini. Menyesal dulu, mengatakan mahu lekas tamat sekolah. Masih mentah. Sekarang? Aku sendiri rindu akan sekolah. Aku sudah rindu kawan-kawan aku. Aku sudah rindu baju uniform sekolah aku. Aku sudah rindu nasi lemak di kantin. Aku sudah rindu akan kisah cinta aku. Aku sudah rindu pada sahabat-sahabat aku. Ya, aku sudah rindu semuanya.

     Untuk semua sahabat yang mengenali aku, aku memohon segunung kemaafan. Gurauan kasar aku pasti sebaris dua menggores hati kau. Jika ada aku berhutang tolong ingatkan aku. Bawalah diri ke arah menuju kejayaan dunya dan akhirat. Banggakan ibu bapa. Banggakan kawan kau ini. Aku janji, memori indah ini aku simpan dan buka kembali bila kita bersua sekali lagi bersama. Terima kasih atas segala budi dan pertolongan semua. Terima kasih kerana mewarnai keremajaan aku. Terima kasih saja yang aku mampu. Terima kasih semua.

     

    

     

    

Persahabatan Tiada Noktah



     Readers, I've finished my Sijil Pelajaran Malaysia and for your information. Tapi rasanya, belum cukup bebas. Perjalanan hidup baru mahu menelusuri langkah di dunia yang baru. Tak bebas, tak juga terikat. Masih berehat sementara dari dunia yang sebelum ini menjerut leher tanpa belas.

     Kenapa manusia dicipta untuk terus meninggalkan dan menerima sesuatu pada setiap saat ketika? Kenapa kenangan hanya mampu dirasai untuk sementara? Kenapa sakit manusia tetap terubat hanya dengan masa? Persoalan yang sangat klise. Jawapan? Tepuk dada, tanya Tuhan. Dia maha mengatur segalanya. Semuanya kerjaNya.

     Terlalu banyak kenangan. Terlalu banyak masa berharga. Juga, terlalu banyak masa untuk mengenang kembali segalanya. Tahun yang sangat mendebarkan, menyakitkan, menyeksakan, memberikan kenangan. Tetap, zaman persekolahan yang semua remaja mahu sangat tinggalkan ketika berada di 'penjaranya'. Tapi? Akhirnya zaman inilah yang paling berada di dalam hati setiap yang meninggalkannya.

     Aku sendiri saksi. Aku sendiri menjadi pelakunya. Titisan-titisan jernih setiap karibku dan sendiriku dalam perjalanan terakhir melangkah keluar dari tempat membentuk masa depan itu. Tiada siapa, tiada siapa, tiada siapa yang sebaknya tiada. Semuanya tak mampu meninggalkan madrasah yang menjadi kawasan keramat selama 5 tahun bersama. Kenangannya yang terlalu murni untuk di tinggalkan sendiri pada setiap hati bekas pelajarnya.

     Sayangnya, hidup hanya meniti kehadapan. Pandanglah kebelakang hanya untuk pengajarannya. Tidak akan sekali aku melupakan detik remajaku itu. Sayangnya, kita semua pasti akan jua bersua, suatu hari nanti, in sha Allah. Hanya jutaan terima kasih kepada sahabat sehebat mereka. Sumber kekuatanku. Terima kasih atas segalanya. Hanya pada Allah aku panjatkan doa untuk semua.

    

Post Selepas 2 Tahun =)

     Hmm, macam mana nak mula ayat ni. Okay, hi! Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog gua ni, dah hampir terkubur dah blog ni. Al-maklumlah, busy sekarang ni nak spm. Buka laptop lama-lama kang, ada je orang tegur cakap "aii, tak ingat SPM ke?" atau "haa pegang lah laptop lama-lama, bagus." Hahaha, biasa lah, tu lah namanya parents. Dia mengingatkan kita apabila kita lalai. Jadi, suatu masa nanti kita kena juga buat dorang bangga dengan kita. Fuhh, rasa kekok pula. Lama betul tak buka blog ni. Bila check balik, last post blog ni august 2012. In fact, it almost 2 years kot tak update. Gila lama seh.

     Okay, untuk pengetahuan anda, blog aku ini sudah diupdate dari pelbagai aspek kerohanian dan kejasmanian. Aku mula buka blog aku ni dalam 4,5 hari lepas. Tengok balik semua, serabainya aku masa 2012, haha. Blog aku menunjukan kematangan aku lah. Aku taknak lah buat blog serabai macam dulu. From now on, I just want to keep it simple and adorable. Cehh, hahaha. Serius, aku rasa better aku buat blog aku simple macam sekarang. Nak baca pun tak serabut otak. Kalau korang rasa blog ni perlu diperbaiki lagi, tolong lah komen atau tinggalkan pesanan ke apa ke. Komen dan pendapat anda sangat aku hargai (^_^).

     Aku rasa nak cakap pasal cuti. Oleh kerana sekarang ni musim cuti, korang tu jangan lah bazirkan masa sangat dengan buat benda tak berpekdah. Haha, aku ni cakap je lebih, aku sendiri asyik melepak dengan member. Tapi, tahun ni memang aku nak buat yang terbaik paling terboek untuk dapatkan result yang elok untuk jadi kebanggaan parents aku. Mak dan abah, tunggu lah result Aza nanti. In sha Allah mak dan abah akan bangga paling tak pun mengukir senyuman dibibir. Rasa, sampai sini je kot celoteh aku. Nak survey lagi cara nak buat blog aku menarik. Thanks for passing by and read this post. Assalamualaikum guys. =)