Mimpi Aku Bersama Si Dia





Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokhatu




     Pelik. Korang pernah tak mimpi tentang orang yang sama, berulang-ulang kali? Tak kiralah orang tu korang kenal, korang sayang, korang benci atau korang tak kenal sekalipun? Aku rasa, tak ramai yang selalu dapat mimpi tentang orang yang berada di kelompok kenalan korang.



     Dalam mimpi aku sejak 5 malam sebelum ni, aku perasan yang ada orang yang aku kenal sedang memainkan watak dalam mimpi aku. Dia ialah orang yang aku sayang =) Okay, takpelah malam tu aku mimpi ada dia. Besoknye aku pegi sekola, bila tengok muka dia rasa bertambah sayang <3 , awwiiieee.


     Malam besoknye pulak, aku mimpi lagi dan dia masih ada dalam mimpi aku, memainkan peranannye. Terdetik dalam hati aku, ape sebabnye dia kene dalam mimpi aku, 2 malam berturut-turut? Masa tu perasaan pelik tu sikit jer, mungkin kebetulan. Tapi okay jugak dia selalu ada dalam mimpi aku =)


     Esoknye, aku mimpikan dia lagi! Okay, mulai hari tu aku tulis apa yang aku ingat dalam mimpi. Pelik, tapi memang benar sesangat. Banyak sangat persoalan dalam kotak pemikiran aku. Petanda, or masih mainan tidur atau mungkin sebab aku selalu ingat dia. Aku tanye ramai orang, orang cakap mungkin sebab selalu pikirkan dia. Okay, aku tunggu lagi keesokannya.

 
     Sekali lagi, malam tu sampai malam semalam, aku memimpikan dia. Aku catat semua yang aku ingat dalam mimpi tu. Aku just harap, jangan mimpi tu menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku, tapi aku tak mengkajinye betul-betul. Kalau mimpi tu petanda baik, mungkin menandakan kita akan bersama (ecehh) .

     Thanks sebab baca post aku yang agak boring nih. Aku bukannye blogger yang pandai membuat ayat, aku just tulis ape yang ada dalam otak aku =) Peace No War.


P/S : Menurut Wikipedia, Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, perasaan dan pancaindera yang lain. Walaupun didalam mimpi, kita masih mempunyai perasaan seperti menangis jika bermimpi sedih dan sebagainya. Mimpi juga berlaku tanpa kesedaran oleh orang yang mengalaminya.






23rd May 2012

     Bismillahirahmanirahiim,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokhatu,

     Hi. Like always, dah lama tak update blog. Bersawang dah blog kesayangan aku nih. Korang-korang yang blogger jugak tu, jaga baik-baik blog tu, nanti bersawang macam blog aku =) .Hari ni, aku ade banyak bende nak cerita kat korang. 

     Mula-mula aku nak cerita pasal sekolah aku. Peperiksaan form 3 sekolah aku, esok adalah last paper dan aku dah kawtim dengan mak aku yang jumaat adalah public holiday. Alah, kalau korang pon, mesti nak buat public sendiri punyalah, HAHA. Okay, jangan result aku barai sudah -.-

     Ni cerita aku masa balik sekolah tadi. Aku seperti biasa, balik sekolah dengan berjalan kaki dengan kawan aku sorang ni. Dah sampai kat satu simpang ni, aku kene kejar anjing. Besar dia macam K9, tapi bukanlah. Kawan aku memang dah cabut dah, tapi anjing tu kejar aku jea. Memang dasar anjing betul. Then, teringatlah pesan abah aku yang berbunyi "Kalau jumpa anjing, jangan lari. Sebab anjing ni takut kalau kita berani, tapi dia akan berani kalau kita yang takut". Aku terus berenti kat anjing tu. Okay, bukan nak bataklah, anjing tu berenti ngam-ngam depan aku. Pastu aku gertak sikit, bersepah anjing tu lari. Yaww, thanks for advice, ABAH !

     Okay, korang cuti 2 minggu nanti, ape plan? Tipu lah kalau nak duduk rumah jea. Mesti ramai antara korang ni akan balik kampung, lepak dengan kawan-kawan, kan? Macam mana pon cara korang celebrate cuti ni, lantak korang. Asalkan homework semua siap, okay? Yaa, Happy Holidays !

Pahit Manis Pengalaman,
Ahmad Azhar

3rd May 2012, Story of my whole day. ;)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokhatu . 

     Yea, dah lama sangat dah tak update blog ni. Tapi, mulai sekarang , aku nak start tulis pasal hidup aku seharian. Eh, lawa tak blog baru kemaskini ni? Kalau nice² tu, alhamdulillah lah. Okay, let's start a topic about, PMR!

     A'ah, PMR dah makin dekat. Tapi, aku rasa macam tak ready apa². Pasal kerja khusus, kebanyakkannya masih dalam pembikinan. Mungkin, masih perlukan masa. Aku pulak boleh nampak effort cikgu² cuba mengajar kami. Cikgu² semua bertungkus-lumus bagi latihan, nota dan sebagainya. Cikgu² kami semua not bad, malah ada jugak cikgu yang bagus. 

     Tadi, masa kelas BAHASA MELAYU, aku kene denda dengan Cikgu Mastura sebab tak bawak buku. Kene jugak lah jalan itik dekat koridor depan kelas. Okay, aku malu lah kan, jalan itik. Semua kelas yang kitorang lalu pandang baik kat kitorang. Start dari hari ini, aku janji tak akan tak bawak lagi buku, lagi² BAHASA MELAYU. Tapi aku takde simpan dendam pon kat cikgu, sebab memang salah aku. 

     Natijahnya, ceewaaah. Aku memang kurang sleng² karangan ni. Sorry lah kalau buat korang kurang faham. Moral Of The Day, aku nak ikut jadual pada malam hari, start pada 8:12pm sekarang ni. Okay, sampai sini jer kot cerita aku hari ni. Korang mesti dah bosan bace panjang² karangan aku ni. Kalau tak bosan, memang aku sayang korang. HAHA

Pahit Manis Pengalaman, 
Ahmad Azhar.