Post Selepas 2 Tahun =)

     Hmm, macam mana nak mula ayat ni. Okay, hi! Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog gua ni, dah hampir terkubur dah blog ni. Al-maklumlah, busy sekarang ni nak spm. Buka laptop lama-lama kang, ada je orang tegur cakap "aii, tak ingat SPM ke?" atau "haa pegang lah laptop lama-lama, bagus." Hahaha, biasa lah, tu lah namanya parents. Dia mengingatkan kita apabila kita lalai. Jadi, suatu masa nanti kita kena juga buat dorang bangga dengan kita. Fuhh, rasa kekok pula. Lama betul tak buka blog ni. Bila check balik, last post blog ni august 2012. In fact, it almost 2 years kot tak update. Gila lama seh.

     Okay, untuk pengetahuan anda, blog aku ini sudah diupdate dari pelbagai aspek kerohanian dan kejasmanian. Aku mula buka blog aku ni dalam 4,5 hari lepas. Tengok balik semua, serabainya aku masa 2012, haha. Blog aku menunjukan kematangan aku lah. Aku taknak lah buat blog serabai macam dulu. From now on, I just want to keep it simple and adorable. Cehh, hahaha. Serius, aku rasa better aku buat blog aku simple macam sekarang. Nak baca pun tak serabut otak. Kalau korang rasa blog ni perlu diperbaiki lagi, tolong lah komen atau tinggalkan pesanan ke apa ke. Komen dan pendapat anda sangat aku hargai (^_^).

     Aku rasa nak cakap pasal cuti. Oleh kerana sekarang ni musim cuti, korang tu jangan lah bazirkan masa sangat dengan buat benda tak berpekdah. Haha, aku ni cakap je lebih, aku sendiri asyik melepak dengan member. Tapi, tahun ni memang aku nak buat yang terbaik paling terboek untuk dapatkan result yang elok untuk jadi kebanggaan parents aku. Mak dan abah, tunggu lah result Aza nanti. In sha Allah mak dan abah akan bangga paling tak pun mengukir senyuman dibibir. Rasa, sampai sini je kot celoteh aku. Nak survey lagi cara nak buat blog aku menarik. Thanks for passing by and read this post. Assalamualaikum guys. =)


Mimpi Aku Bersama Si Dia





Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokhatu




     Pelik. Korang pernah tak mimpi tentang orang yang sama, berulang-ulang kali? Tak kiralah orang tu korang kenal, korang sayang, korang benci atau korang tak kenal sekalipun? Aku rasa, tak ramai yang selalu dapat mimpi tentang orang yang berada di kelompok kenalan korang.



     Dalam mimpi aku sejak 5 malam sebelum ni, aku perasan yang ada orang yang aku kenal sedang memainkan watak dalam mimpi aku. Dia ialah orang yang aku sayang =) Okay, takpelah malam tu aku mimpi ada dia. Besoknye aku pegi sekola, bila tengok muka dia rasa bertambah sayang <3 , awwiiieee.


     Malam besoknye pulak, aku mimpi lagi dan dia masih ada dalam mimpi aku, memainkan peranannye. Terdetik dalam hati aku, ape sebabnye dia kene dalam mimpi aku, 2 malam berturut-turut? Masa tu perasaan pelik tu sikit jer, mungkin kebetulan. Tapi okay jugak dia selalu ada dalam mimpi aku =)


     Esoknye, aku mimpikan dia lagi! Okay, mulai hari tu aku tulis apa yang aku ingat dalam mimpi. Pelik, tapi memang benar sesangat. Banyak sangat persoalan dalam kotak pemikiran aku. Petanda, or masih mainan tidur atau mungkin sebab aku selalu ingat dia. Aku tanye ramai orang, orang cakap mungkin sebab selalu pikirkan dia. Okay, aku tunggu lagi keesokannya.

 
     Sekali lagi, malam tu sampai malam semalam, aku memimpikan dia. Aku catat semua yang aku ingat dalam mimpi tu. Aku just harap, jangan mimpi tu menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku, tapi aku tak mengkajinye betul-betul. Kalau mimpi tu petanda baik, mungkin menandakan kita akan bersama (ecehh) .

     Thanks sebab baca post aku yang agak boring nih. Aku bukannye blogger yang pandai membuat ayat, aku just tulis ape yang ada dalam otak aku =) Peace No War.


P/S : Menurut Wikipedia, Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, perasaan dan pancaindera yang lain. Walaupun didalam mimpi, kita masih mempunyai perasaan seperti menangis jika bermimpi sedih dan sebagainya. Mimpi juga berlaku tanpa kesedaran oleh orang yang mengalaminya.






23rd May 2012

     Bismillahirahmanirahiim,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokhatu,

     Hi. Like always, dah lama tak update blog. Bersawang dah blog kesayangan aku nih. Korang-korang yang blogger jugak tu, jaga baik-baik blog tu, nanti bersawang macam blog aku =) .Hari ni, aku ade banyak bende nak cerita kat korang. 

     Mula-mula aku nak cerita pasal sekolah aku. Peperiksaan form 3 sekolah aku, esok adalah last paper dan aku dah kawtim dengan mak aku yang jumaat adalah public holiday. Alah, kalau korang pon, mesti nak buat public sendiri punyalah, HAHA. Okay, jangan result aku barai sudah -.-

     Ni cerita aku masa balik sekolah tadi. Aku seperti biasa, balik sekolah dengan berjalan kaki dengan kawan aku sorang ni. Dah sampai kat satu simpang ni, aku kene kejar anjing. Besar dia macam K9, tapi bukanlah. Kawan aku memang dah cabut dah, tapi anjing tu kejar aku jea. Memang dasar anjing betul. Then, teringatlah pesan abah aku yang berbunyi "Kalau jumpa anjing, jangan lari. Sebab anjing ni takut kalau kita berani, tapi dia akan berani kalau kita yang takut". Aku terus berenti kat anjing tu. Okay, bukan nak bataklah, anjing tu berenti ngam-ngam depan aku. Pastu aku gertak sikit, bersepah anjing tu lari. Yaww, thanks for advice, ABAH !

     Okay, korang cuti 2 minggu nanti, ape plan? Tipu lah kalau nak duduk rumah jea. Mesti ramai antara korang ni akan balik kampung, lepak dengan kawan-kawan, kan? Macam mana pon cara korang celebrate cuti ni, lantak korang. Asalkan homework semua siap, okay? Yaa, Happy Holidays !

Pahit Manis Pengalaman,
Ahmad Azhar

3rd May 2012, Story of my whole day. ;)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokhatu . 

     Yea, dah lama sangat dah tak update blog ni. Tapi, mulai sekarang , aku nak start tulis pasal hidup aku seharian. Eh, lawa tak blog baru kemaskini ni? Kalau nice² tu, alhamdulillah lah. Okay, let's start a topic about, PMR!

     A'ah, PMR dah makin dekat. Tapi, aku rasa macam tak ready apa². Pasal kerja khusus, kebanyakkannya masih dalam pembikinan. Mungkin, masih perlukan masa. Aku pulak boleh nampak effort cikgu² cuba mengajar kami. Cikgu² semua bertungkus-lumus bagi latihan, nota dan sebagainya. Cikgu² kami semua not bad, malah ada jugak cikgu yang bagus. 

     Tadi, masa kelas BAHASA MELAYU, aku kene denda dengan Cikgu Mastura sebab tak bawak buku. Kene jugak lah jalan itik dekat koridor depan kelas. Okay, aku malu lah kan, jalan itik. Semua kelas yang kitorang lalu pandang baik kat kitorang. Start dari hari ini, aku janji tak akan tak bawak lagi buku, lagi² BAHASA MELAYU. Tapi aku takde simpan dendam pon kat cikgu, sebab memang salah aku. 

     Natijahnya, ceewaaah. Aku memang kurang sleng² karangan ni. Sorry lah kalau buat korang kurang faham. Moral Of The Day, aku nak ikut jadual pada malam hari, start pada 8:12pm sekarang ni. Okay, sampai sini jer kot cerita aku hari ni. Korang mesti dah bosan bace panjang² karangan aku ni. Kalau tak bosan, memang aku sayang korang. HAHA

Pahit Manis Pengalaman, 
Ahmad Azhar.


Persekolahan Semakin Hampir !





Assalamualaikum !

Setelah sekian lama berjauhan dari blogger , hari ni sayaa kembali menghidupkannya kembali ! Hey kawan-kawan , korang dah sedia nak kembali menggalas beg sekolah dan kembali membuat kerja sekolah tiap hari ?  Rasa macam cuti ni macam baru semalam je . Tapi yang seronoknye , dapat jumpe kawan-kawan yang dah agak lama terpisah . Cuti tahun ni , saya duduk rumah je , facebook , internet , makan , tido . Tu lah , bila sekolah , nak cuti panjang sangat , bila dah cuti , nak pegi sekolah nak jumpa kawan-kawan . Untunglah korang yang hari-hari jumpe kawan korang masa cuti ni . Saya hari-hari mengadap kerusi desktop saya ni . HAHA ! Korang dah settlekan perlengkapan sekolah macam buku , beg , baju sekolah and laen laen ? Yang laen-laen tu mungkin additional je la . Mungkin antara korang , yang masih lagi tak puas bercuti ? Saya mengaku , saya sendiri pon masih tak puas bercuti ! Tapi terpaksa la terime hakikat , zaman makin maju dan najib semakin tua . HAHA ! [Sorry Najib !] Dulu kalau cuti , memang dekan 2 bulan . Sekarang ni , sebulan je ! Nasib badan la katakan ! Saya harap , tahun depan , adalah tahun yang lebih baek dari tahun ni , dan seterusnya . Hidup kene maju beroohh ! Harap-harap korang dan saya puas-puas la cuti ni . Dah tinggal seminggu setengah je lagi nak start menggalas beg yang berat dan mengadap buku setiap malam ! Tahun depan saya form 3 , start sekolah pagi . Adoi , macam-mana ni ! Bab bangun pagi-pagi ni , fail sikit ! Kene start training bangun pagi-pagi buta ni ! Korang pon yang macam saya , kerap-keraplah practice bangun pagi-pagi bute yee ? Jangan pulak hari-hari harapkan parents je , alarm jangan lupa kunci , nanti terlajak-lajak , sampai subuh esoknye pulak . HAHA ! Sekian saja nasihat dan leteran sayaa yang tak seberapa ni . Kata-kata terakhir bagi sayaa , SELAMAT BERSEKOLAH DAN JANGAN MEMBAZIRKAN MASA LAGI , START AZAM KORANG DARI SEKARANG ! BOLE ?! 

p/s : Saya buku sekolah pon belom beli lagi nih , bila nak pegi beli pon tak tau ni ! HAHA ! Jumpe lagi di post-post laen yang mendatang ! Salam #PEACE YAWW dari sayaa !
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokhatu ! 

IOI Mall , Puchong , 3/7/2011

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokhatu !

Pada malam Ahad itu , aku dan abah pegi IOI Puchong . Aku malas duk umah , aku ikut abah pegi bowling dalam IOI tu . Lpas 15minit dalam pusat bowling tu , Ann ajak aku pegi tengok wayang and aku setuju . Kita pegi book tiket citer ' Sekali Lagi ' . Best jugak citer kat situ . Aku abis dekat rm20 kat situ . Lpas abis movie , kami pegi dalam pusat bowling tu balik . Lpas sejam tunggu dalam pusat bowling tu , memang boring kronik da tu . Ann ajak aku pegi tengok telephone kat luar pusat bowling tu . Tapi masa tu semua mall da tutup da . Pusat bowling tu jea bukak . Lpas kita tengok telephone telephone kat situ , Ann ada jumpe 1 sarung telephone kat lantai . Pastu Ann letak la balik atas meja kedai telephone tu la . Pastu tetibe ade guard kat situ tuduh kita curik . Siap ajak pegi bilik cctv lagi . Takpe la kita ikut la . Dia tanye macammacam tapi aku terlalu risau nak jawab . Ann jea jawab soalan dia . Aku memang dah terketar lutut da kat situ . Aku memang tabik la kat Ann . Lpas tu , dia lepaskan kita and suruh pegi masuk balik pusat bowling tu . Tapi dipikirpikir , nak takut buat ape , kita bukan salah pon . Tapi dia takde panggil mak bapak kita . Malam ahad yang pelik dan berpengajaran ! fuhhh ~ 

Pahit Manis Pengalaman ,
Ahmad Azhar .

Cikgu yang agak memedihkan hati .

Pergh , memang sakit hati giler dengan cikgu india ni . Sembahyang pon salah , tak sembahyang pon salah . Aku , Luqman , Naim , Syafiq Ang , Faizul , Syaraf cuma sembahyang jemaah dengan sorang cikgu practical ni , tu pon salah ? Cikgu tu yang suruh tunggu kejap , suruh sembahyang jemaah dengan die . Kita ikut jea la , lagipon sembahyang jemaah lagi baek dari sembahyang sorang ² . Asal masa kau tanye ' kenapa masuk lambat ? ' , kita cakap ade cikgu practical suruh tunggu ajak sembahyang jemaah and kau cakap balik , ' dont give that reason ' . Lepas tu nak mintak nama la bagai . Takpe la kitaorang bagi . Kau carik la cikgu practical tu , tanye la die . Tapi kalau bole , try la research sikit pasal islam , jenis sembahyang and laenlaen . Kita kat sekola islam la cikgu . Da la , malas nak kutuk blakang lagi cikgu ni . Tapi memang aku agak tak puas ati dengan cikgu ni .

      P/s : Masa exam tadi , aku sempat tertidor lepas aku siap kertas BI aku . HAHA !  Selamat masa nak kutip kertas Syaraf kejutkan . And ada la sikit air liur aku menitis atas kertas tu . HAHAHA !